Selasa, 7 Disember 2010

HERBA DAN TUMBUH-TUMBUHAN


 
  
BAWANG PUTIH
  • Bawang putih bukan sahaja berguna untuk menyedapkan makanan sahaja bahkan kini telah menjadi tumpuan kepada para penderita kanser prostat.
  • Orang-orang greek pula mengunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit najis berdarah.
  • Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema.


BAKAWALI
  • Pokok herba ini adalah jenis pokok yang menjalar.
  • Mempunyai batang yang berbintil berwarna hijau tua serta berbau harum.
  • Khasiatnya ialah akar yang dijadikan ubat untuk penyakit kencing manis .
  • Cara penggunaannya:-akarnya direbus bersama air ataupun dihisap untuk merendahkan kadar gula dalam darah. 

    BUNGA RAYA
    • Merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
    • Khasiatnya ialah daunnya digunakan untuk merawat demam panas.
    • Cara penggunaannya air daun bunga raya yang telah diramas bersama air kemudian disapukan di kepala pesakit.



    HALIA
    • Merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan.
    • Halia dapat membuang angin dan melicinkan perjalanan darah.
    • Ia juga sesuai dimakan oleh ibu selepas bersalin.

    DAUN KUNYIT
    • Biasanya digunakan untuk memberi aroma pada masakan.
    • Ia digunakan sebagai antioksidan,antibakteria,antiradang,dan antikanser.
    • Berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,melancarkan peredaran darah serta menghilangkan selsema.

    KESIMPULAN
    • Herba dan tumbuh-tumbuhan menpunyai pelbagai kegunaan yang meluas dalam bidang makanan, masakan dan perubatan.